Art Creation Legacy

Proses Tempahan

Kotak

– Segala tempahan hanya akan diproses setelah kami menerima deposit 50% daripada pihak pelanggan. Bayaran penuh sangat-sangat dialukan untuk melancarkan lagi proses kerja.

РPelanggan perlu menghubungi admin kami melalui WHATSAPP 0172747742 untuk proses selanjutnya. Berikan Nama, Alamat, dan No. Order kepada admin untuk tujuan semakan tempahan.

– Pelanggan perlu menghantar details design kepada admin melalui WHATSAPP 0172747742

– Pelanggan perlu mengepos sampel botol segera kepada kami. (tujuan utk pembuatan template).
Jika pelanggan tidak mahu menghantar sample, sebarang masalah size kotak adalah di bawah tanggungjawab pihak pelanggan. Non-refundable!

– Kemudian tempahan pelanggan akan dihantar ke bahagian grafik selepas kami menerima sampel botol pelanggan. Bagi pelanggan yang memberi size kotak sahaja, pihak kami akan terus ke proses template dan grafik kotak. Tempoh yang diambil untuk menyiapkan template dan grafik adalah dalam masa 3 ke 4 hari bekerja.

– Pengesahan design perlu dibuat oleh pelanggan dalam masa 1 ke 2 hari bekerja supaya proses berjalan lancar. Jika lewat, proses kerja kotak pelanggan akan menjadi bertambah lambat.

– Setelah pelanggan mengesahkan design untuk cetakan, pelanggan perlu menyelesaikan baki 50% pembayaran.

– Selepas bayaran baki 50% diterima, kotak pelanggan akan dicetak dan diproses sehingga siap. Bagi pelanggan yang telah membuat bayaran penuh, kotak mereka akan terus dicetak sebaik sahaja pengesahan design di buat.

– Jangkaan siap kotak adalah berbeza.

50 – 300pcs = 8 hari bekerja

500pcs = 10 hari bekerja

1000 – 2000pcs = 14 hari bekerja

– Setelah kotak pelanggan siap, postage akan dibuat dan admin kami akan menghantar no tracking J&T EXPRESS untuk rujukan pelanggan.

– Postage akan dibuat pada hari terakhir atau 1 hari selepas tamat tempoh proses.

Penting Sila ambil maklum semua pelanggan

– Selepas bayaran 50% deposit diterima, kiraan hari pertama adalah pada esok harinya bukan hari yang sama

– Kiraan hari adalah tidak termasuk hari cuti SABTU AHAD & KELEPASAN AM

– Waktu bekerja kami Isnin-Jumaat (8.00 pagi – 5.00 petang)

– Jangkaan masa yang diberi adalah anggaran sahaja. Ketika tempahan terlalu banyak atau staf kami menghadiri seminar, berkemungkinan akan ada sedikit kelewatan daripada jangkaan waktu yang diberi. Jika siap lebih awal pihak kami akan memaklumkan kepada pelanggan.

– Jika pelanggan tidak menyelesaikan baki bayaran, kotak mereka tidak akan dicetak.
**Ini bertujuan untuk mengelakkan proses kerja tersangkut (pelanggan berdiam diri dan tidak membalas whatsapp) yang akhirnya mendatangkan kerugian pada pihak kami berdasarkan pengalaman yang lepas.

Scroll to Top