Art Creation Legacy

Tentang Kami

Art Creation Legacy

Ditubuhkan pada 16 julai 2020. Sebelum ini kami dikenali sebagai Art Creation Printing & Design yg mana ianya ditubuhkan pada 14 Jun 2017.

Kepakaran kami adalah membantu para usahawan khusunya usahawan SME dengan menawarkan perkhidmatan cetak kotak dan botol kosmetik, flyers, sampul raya yang berkualiti serendah 50pcs sahaja pada harga yang berpatutan.

Sejak 2017 sehingga kini lebih 2000 orang usahawan kosmetik yang telah kami bantu. Hanya bermula dengan tempahan 50pcs dan kini sudah ada yang menjangkau 1000 ke 2000pcs setiap bulan.

Kami menyediakan perkhidmatan dari A to Z dimana para pelanggan tidak perlu bersusah payah untuk menyediakan design grafik. Mereka hanya perlu berbincang dengan kami design yang dikehendaki dan insyaallah kami akan bantu merealisasikan impian mereka.

Sejak dari tahun 2017 juga segala tempahan yang kami terima adalah melalui medium online 100%. Alhamdulillah para pelanggan kami bukan sahaja berada di Malaysia malah di Singapura dan juga Brunei.

Segala tempahan yang pihak kami terima akan kami jalankan dengan penuh amanah kerana kepercayaan yang diberikan oleh setiap pelanggan adalah tidak ternilai dan kami sangat menghargainya.

Besar harapan kami untuk melihat para usahawan SME terutamanya untuk memiliki packaging taraf International walaupun dengan moq 50pcs.

Kami akan sentiasa menaiktaraf kepakaran dan mesin yang sedia ada bagi meningkatkan lagi kualiti packaging usahawan.

 

Scroll to Top